Aku bertanya kepada dia, kenapa tidak menjadi tukang kebun tetap saja, di sekolah-sekolah. Jawapan ringkasnya, “nanti kalau ada ‘calling’ untuk unit amal macam mana?” aku terdiam. Baru aku sedar, lee telah menjadi pekerja tetap tak bergaji untuk unit amal. (unit amal adalah badan kebajikan untuk membantu orang susah).
Sebelum aku bertanya megapa lee tidak bekerja tetap, lee telah meluahkan perasaannya. Dia ceritakan tentang kesusahan hidupnya. Bagaimana dia membela anak-anak dan isteri. Dia ceritakan tentang pening memikirkan bagaimana nak membayar duit Van yang dia gunakan. Aku mengawal air mata yang akan mengalir.
Aku bertanya, kenapa orang rumah lee tidak bekerja. Jawapan ringkasnya, “siapa yang nak mendidik anak-anak?” sekali lagi aku terduduk dengan ulasan ringkas yang mampu membasahi mataku. Berbeza sungguh permikiranku dengan lee. Walaupun dia tidak pernah ditarbiah di kampus (lee belajar setakat SPM), namun semnagat perjuanagannya mengalahkan ketua pelajar islam di Kampus-Kampus.
Aku orang susah. Aku asyik berangan untuk mendapatkan kerja yang selesa, dan mampu untuk berjuang. Lee orang senang, tak merungut denagn kesusahannya, malah mampu berjuang sepenuh masa. Oh, lee sedang sakit, baru sahaja dibedah. Aku mendoakan dia sihat dan mampu untuk terus berjuang.

No comments:
Post a Comment