Wednesday, May 21, 2008

Kupuji ameerah namun tidak ku tak hormat ameer

Penuh sungguh dugaan untuknya
ya, dia pun terduga
namun
dugaan nya lebih dari si dia

masakan tidak
ada hari boleh ku dengar suaranya
ada hari, kita lihat kesenyapannya
tetapi tidak untuk dia, senantiasa bersuara.

ya, dua-dua ada orang bawahnya
namun orang nya berbeza dengan orang dia
seperti ku kata tadi
ada hari boleh ku dengar suaranya
ada hari, kita lihat kesenyapannya
tetapi tidak untuk dia, senantiasa bersuara.
selalunya pening mereka membuatnya
namun ku lihat ketabahannya

uh, aku pernah tinggal serumah dengan golongan sepertinya
pagi keluar petang keluar malam keluar
jumpa madu' usrah mesyuarat
menyeksa diri untuk mengelakkan keseksaan
mulai sungguh hatinya

tidak ku kata ku tak hormat dia
aku cuma bermadah untuk memujinya
ya, pujian hanya untukNya..
namun, bukankah hatinya juga ciptaanNYA
oh, banyak sungguh pujianNYA kepadanya
tentu saja aku juga ingin memujinya

Wahai Pencipta yang Agung
tabahkan hatinya
sebagaimana kau teguhkan hati mereka

sekali lagi ku kata
bukan ku tak hormat si dia
aku cuma teringin memujinya

No comments: