Wednesday, May 21, 2008

sukan Kanak-kanak

Prit…
Pertandingan pertama dimulakan.
4 padang kecil untuk bola sepak, 4 padang bola jarring

Hampir 360 pemain bersedia mengorbankan diri berada di padang yang panas

Aku Cuma melihat gelagat pemain, aku Cuma bantu-bantu pengadil.
Zamanku bermain seperti ini sudah lama ku tinggalkan

Perlawanan Bola sepak dan Bola Jaring PASTI kawasan hulu langat..

Walaupon mereka masih kanak-kanak, mereka mampu membantu aku untuk memuhasabah diriku yang penuh dengan dosa dan noda. Mereka mampu untuk menyedarkan aku yang kerja yang aku jalankan masih tidak cukup untuk mendatangkan kemenanagan dari Allah.

Melihat kesungguhan kanak-kanak, terdetik di hatiku, adakah aku bersungguh seperti mereka dalam perjuangan? Mereka mengejar bola bermati-matian, tanpa mengira yang direbut dari pasukan lawan atau sahabat sendiri, yang penting, bola mesti di kaki atau tangan mereka. Mereka teruskan bermain walaupon pengadil telah membunyikan wisel, mereka terus bermain sehinggalah pengadil merampas bola. Adakah aku sebegitu bersemangat dalam perjuangan?

Melihat kejujuran dan kehalusan sifat mereka, terfikir aku, jujurkah aku dalam perjuangan? Lembutkah aku dalam dakwah. Bila sahaja pengadil meinta bola, mereka menyerahkan bola dengan cara yang hormat, bukan seperti pemain-pemain bola kegilaan remaja, yang hanya membiarkan bola diambil sendiri oleh pengadil.

Melihat keikhlasan mereka, aku tertanya, ikhlaskah aku dalam berjuang? Bila sahaja mereka menjaringkan gol, mereka hanya menyepi. Bila permainan habis, yang menang dan yang kalah sama sahaja perangainya. Dua-dua senyap. Terus keluar dari padang. Tiada rasa kecewa, tiada rasa gembira. Mereka puas hati amanah guru mereka supaya bermain di padang telah berjaya dilaksanakan. Mereka tidak berbangga kerana menang, tidak pula kecewa kerana kalah. Oh, kerdil sungguh diri ini, menang aku berbangga, kalah kau kecewa dalam perjuangan.

Ya Allah, ampunkan dosaku, letakkanlah aku seperti mana mereka;
tiada perasaan bongkak,
tiada perasaan kecewa dalam perjuangan.
Mereka berjuang semata-mata kerana ia satu AMANAH.

No comments: