Semua orang ada masalah. Yang berbeza, keadaan masalah masing-masing. Ada yang berat, ada yang ringan. Ada yang mudah, ada yang payah.
Tak seronok pulak kalau diri ini sentiasa senang. Bosan dibuatnya, yelah, apa yang kita nak semua kita dapat. That’s why Allah give us problems. HE wants to teach us to survive in life.
We can survive accordingly to ISLAM; we can also survive accordingly to our own demon. The choice is ours. But, at the end, only ALLAH can save and help us.
Ada masa aku dengar orang bermunajat untuk menenangkan diriku. Ada masa aku bermunajat.
Tapi,
Ada masa aku dengar orang menjerit untuk melayan tekanan dalam diriku. Ada masa aku menjerit.
Seorang jurutera, mencipta robot.
Bila robot rosak, hanya jurutera itu sahaja yang pandai pulihkan semula robot itu.
Apapun situasinya, Hanya Allah yang layak untuk selesaikan masalah manusia.
Allah yang mencipta manusia,
Allah tahu apa masalah manusia.
Tapi, bukankah manusia dicipta ALLAH, untuk berkhidmat juga kepada manusia.
Secara teorinya, Islam ajar,
jaga hubungan dengan ALLAH,
jaga hubungan sesama manusia.
Bila bermasalah, seorang anak kecil akan mengadu pada ibunya.
Bila sudah remaja, dia lapor pada kawannya.
Tapi, mengapa tidak kembali pada ibunya?
Bila bermasalah, seorang isteri akan pergi berjumpa tok imam untuk ubat.
Tapi, mengapa tidak pada suaminya, yang dia berkahwin kerana cinta suaminya, bukan cinta tok imam tadi.